Seminar Ruam Thai


SEJARAH

Bagaimana boleh terbentuknya seminar Ruam Thai?
Kami pelajar siam di UUM pada masa itu kerap mengadakan lawatan dan kunjung mengkunjungi ke rumah abang-abang siswazah yang telah berjaya disekitar negeri Kedah dan adakalanya buat BBQ dan bermalam di rumah mereka serta berpeluang bergaul dan berkenalan dengan mereka yang telah berjaya. Pelbagai idea dan perbincangan dibuat setiap kali perjumpaan dibuat dan adakalanya turut pergi mengunjungi Pho Than Lap di Wat Teluk Wanjah serta melawat Group Aram Boy di Wat tersebut.

Dalam perhubungaan silaturahim yang baik ini para senior tersebut menyahut, kedudukan UUM di negeri Kedah yang begitu ramai Masyarakat Siam seharusnya para siswa/siswi Siam membuat sesuatu program dalam pembangunan insan bangsa kita. Hasil cadangan dan sokongan abang-abang itu mendorong kami pelajar Thai/Siam di UUM berbincang dan bersetuju mengadakan seminar motivasi.
Perbincangan ringkas untuk mengadakan seminar tersebut telah diadakan dirumah P Kachat dan di sini juga diputuskan bentuk seminar yang bakal dianjurkan.Setelah bersetuju dengan projek tersebut kami pelajar Siam UUM pada masa itu terpaksa mencari sumbangan dari wat-wat di sekitar negeri Kedah serta tidak krang juga mengeluarkan duit biasiswa untuk memulakannya.

Latarbelakang Seminar Motivasi dan Kaedah Pembelajaran Berkesan 1993 (Seminar Ruam Thai PERTAMA)

Projek yang julung kali diadakan khas untuk Masyarakat Thai/Siam adalah berasaskan kepentingan pendidikan menjadi tunggak kejayaan pada masa hadapan seseorang individu itu dan juga masyarakat/bangsa amnya. Seminar ini diilhamkan daripada perjumpaan pertama antara pelajar-pelajar Thai/Siam UUM pada sesi 93/94, sebagai satu cara menabur bakti kepada masyarakat Siam dan memberi kesedaran kepada golongan pelajar amnya agar mereka dapat meningkatkan kedudukan mereka setanding dengan bangsa lain.

Langkah seterusnya diambil dengan mencadangkan projek ini kepada pihak wat-wat dan individu yang memberi sokongan padu bagi menjayakan projek ini. Mesyuarat seterusnya diadakan bagi membentuk ahli jawatkuasa projek dan memulakan projek.

Matlamat Seminar.

Projek ini bertujuan untuk menyedarkan masyarat Thai/Siam mengenai kepentingan pelajaran supaya kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum lain di Malaysia. Melalui projek ini diharapkan agar para peserta menyedari ditahap mana mereka berada sekarang dan mengatur langkah bagi mencapai objektif masa depan.

Objektif

Memberi motivasi kepada para pelajar terutama pelajar menengah atasan tentang kepentingan pendidikan.
Mendedahkan para pelajar kepada teknik pembelajaran yang berkesan.
Persedian menghadapi cabaran wawasan 2020
Mendekatkan masyarakat dengan mahasiswa
Memberi pendedehan kepada para pelajar akan kepentingan akademik.
Memperkenalkan UUM kepada masyarakat luar terutamanya para pelajar.


ประวัติความเป็นมา รวมไทย

ความเป็นมาก่อนที่จะเป็นสัมมนารวมไทย

พวกเราเป็นนิสิตชาวสยาม จากมหาวิทยลัย (University Utara Malaysia, UUM) เมื่อตอนนั้นจะมีการเดินทางไปเยี่ยมบ้านรุ่นพี่ของมหาวิทยลัย ที่เรียนจบแล้ว ที่อยู่แถว ๆ รัฐ เคดาร์ และ บางทีก็จะจัดบาร์บีคิว และ จะค้างคืนที่บ้านของรุ่นพี่ ได้มีโอกาสไกล้ชิด และ รู้จักกับรุ่นพี่เหล่านั้น ไอเดียมากมาย และ ต่างความเห็น ทุก ๆ ครั้งที่ได้ไปเยี่ยมรุ่นพี่ บางครั้งก็ได้ติดตามรุ่นพี่ไปกราบ พ่อท่านลาบ (พระครู) วัดนิโครธาราม อาโลสตาร์ และ เยี่ยมอารามบอยในวัดนั้นด้วย

ความผูกพันระหว่างรุ่นน้อง กับ รุ่นพี่ก็สนิทมากขึ้น จึงทำให้รุ่นพี่เสนอว่า เนื่องจากสถานะ UUM รัฐ เคดาร์ ที่มีนิสิตชาวสยามหลายคน ควรที่จะทำโครงการเพื่อความมั่นคงของชาติสยามบ้าง ผลลับของการเสนอแนะ และ สนับสนุนจากรุ่นพี่ จึงทำให้เป็นแรงความผลักดันของนิสิตชาวสยาม ของ UUM เริ่มประชุม และ ปรึกษากัน เพื่อจะจัดสัมมนา แรงจูงใจการปรึกษาสั้น ๆ เพื่อจะจัดสัมมนาจึงมีขึ้นที่บ้านของ คุณ กะฉัด และ ที่นี่เองที่ตัดสินใจจะจัดสัมมนาครั้งแรก หลังจากตกลงกันเพื่อจะจัดสัมมนา นิสิตชาวสยาม ของ UUM จึงช่วยกันหาทุนจากวัดต่าง ๆ ทั่วรัฐเคดาร์ และ จำเป็นต้องควักกระเป๋าตัวเองด้วย เพื่อจัดสัมมนาครั้งแรก

 

เบื้องหลังของสัมมนา แรงจูงใจ และ วิธีการสอนที่มีประสิทธิภาพ ปี 1993 (สัมมนารวมไทยครั้งแรก)

โครงการปฐมฤกษ์ที่จัดขึ้นเพื่อยาวชนสยาม ซึ่งเน้นความสำคัญของการศึกษาเป็นหลัก เพื่อความเจริญก้าวหน้าในอนาคตของบุคคล และ ชุมชนชาวสยามเป็นต้น สัมมนาครั้งแรกนี้ เกิดจากแรงบันดาลใจจากการพบปะสังสันครั้งแรก ระหว่างนิสิตชาวสยาม มหาวิทยาลัย UUM ปี 93/94 เป็นแนวทางหนึ่งที่จะหว่านเมล็ดและความจงรักภักดีต่อชุมชนชาวสยาม และ สร้างจิตสำนึกให้กับยาวชนชาวสยาม เพื่อเขาเหล่านั้นจะได้ปรับปรุงสถานะของพวกเขาให้เทียบเท่ากับชาติอื่น ๆ

ก้าวต่อไปคือ เสนอโครงการนี้ให้กับวัดต่าง ๆ และ บุคคลที่ให้ความสนับสนุน เพื่อความสำเร็จของโครงการนี้ การประชุมครั้งต่อไปจะจัดขึ้นเป็นระบบคณะกรรมการ และ ดำเนินต่อไป

 

เป้าหมายของสัมมนา

โครงการนี้จัดทำขึ้นเพื่อจุดประสงค์ที่จะปลุกจิตสำนึกยาวชนชาวสยาม เกี่ยวกับความสำคัญของการศึกษา เพื่อความเท่าเทียมกันกับชาติอื่น ๆ ในประเทศมาเลเซีย จากโครงการนี้หวังเป็นอย่างยิ่งที่จะให้ผู้เข้าร่วมสัมมนาทุก ๆ คน มีจิตสำนึกระดับไหน ที่พวกเขายืนอยู่ตอนนี้ และ จัดสันทางเดินของตนเพื่อก้าวสู่เป้าหมายที่วางไว้ในอนาคต

 

วัตถุประสงค์

  • เพื่อสร้างแรงจูงใจให้กับนักเรียน ม.ปลาย กับความสำคัญของการศึกษา
  • เปิดเผยให้กับนักเรียน เกี่ยวกับเท็กนิกการเรียนที่มีประสิทธิภาพ
  • เตรียมพร้อมประเชิญหน้ากับคำขวัญของรัฐบาลมาเลเซีย ความท้าทายวิสัยทัศน์ ปี 2020
  • เปิดความไกล้ชิดยาวชน กับ นิสิตจากมหาวิทยาลัย
  • ให้ความเปิดเผยกับนักเรียนเกี่ยวกับความสำคัญของการศึกษา
  • ประชาสัมพันธ์ มหาวิทยลัย UUM ให้นักเรียนรู้จัก

AJK
Penaung : Tn Charern Intachat
Pengarah Kastam Negeri Kedah

Penasihat : Major Tan Boon Eap (arwah)
Cikgu Loh Kim Hua
Encik Kachat
Inspektor Chali
Encik Tean Rean

Pengarah : Samran Suwanmanie
Setiausaha : Weerak Suka
Pen. Setiauasha : Cik Majuri Theipmanee
Bendahari : Siew Ha Cheam
Biro Publisiti : Eh Khem E Chan
Biro Protokol : Sayam Seewin
Biro Aktiviti : Sutam Eh Di
AJK : Aram Boy Wat Teluk Wanjah
Anjuran RUAM THAI UUM
Tarikh : 23 hingga 25 Dis 1993
Tempat Wat Nikrodharam, Teluk Wanjah Alor Star, Kedah.
Setelah seminar pertama ini berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat serta Pho Than di Wat-wat. Ketika menganjurkan seminar ini juga ramai kawan-kawan siswa/siswi dari universiti lain tampil membantu kami. Hasil projek ini juga telah mengeratkan hubungan antara sesama siswa/siswi berlainan universiti. Memandangkan kesan dan sokongan yang baik serta berharapkan Ruam Thai terus hidup saya telah cuba mencadangkan agar aktiviti ini dianjurkan secara tahunan dan menjadi tanggungjawab Ruam Thai. Pada peringkat awalnya cadangan gagal mendapat sokongan dari universiti lain, tetapi kami Ruam Thai UUM ingin memastikan ianya berterusan maka menganjurkan sekali lagi seminar Ruam Thai kali kedua. Anjuran Seminar cuba diteruskan kerana pada masa tersebut Ruam Thai Malaysia tidak begitu aktif dan tiada aktiviti yang tetap kecuali hanya beberapa usaha mengeluarkan majalah ruam thai tetapi tidak berterusan.

Apakah pandangan atau cadangan khun P Sutham untuk seminar Ruam Thai seterusnya ?
Seminar ruam thai patut diteruskan dengan skop yang lebih meluas, mungkin selama ini terhad kepada pembangunan pelajaran sahaja dan boleh diperluaskan kepada pembangunan insan dan kemahiran. Sekarang ramai antara kita yang telah berjaya dalam perniagaan seharusnya melibatkan mereka dalam pembangunan masyarakat dan juga membuka minda adik-adik dalam dunia perniagaan. Akhirnya saya ingin mengucapkan syabas kepada mereka yang masih berjuang untuk Ruam Thai dan teruskan niat murni itu.
Disampaikan oleh EN SUTHAM
Disunting oleh ADMIN

<<<<SENARAI SEMINAR RUAM THAI>>>