HOME Cari Profail   Log masuk untuk membaca mesej peribadi anda 

Overall Maintenance duration untuk Kereta Waja 1.6

 
Pos topik baru   Balas topik    Indeks Forum RuamThai.net -> Automotif
Lihat topik sebelumnya :: Lihat topik seterusnya  
Author Mesej
chauw
Moderator


Join: 23 Jun 2007
Pos: 554

PosDipos pada: Mon Dec 31, 2007 12:43 pm    Pos Subjek: Overall Maintenance duration untuk Kereta Waja 1.6 Balas dengan quote

Khun Ruth krub,
Boleh tak khun Ruth tolong berikan guideline untuk maintenance Waja 1.6 secara ringkas? Saya nak tahu jangka masa (anggaran) yang sesuai untuk tukar sesuatu kompenen. kadang-kala benda yang baru tukar, tauke kedia suruh tukar lagi...

1) Timing Belt
2) Plug
3) Oil Filter (adakah mesti tukar setaip kali service?)
4) Air Filter
5) Tayar
6) Gear pad
7) Wiper
Cool Dan lain-lain komponen yang k.Ruth rasa pengguna seperti saya patut tahu.

Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2008 pada K.Ruth dan semoga K.Ruth akan sentiasa bersama Ruam Thai.net..
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Kungjungi laman web pengepos MSN Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Tue Jan 01, 2008 12:02 am    Pos Subjek: Balas dengan quote

Selamat tahun baru semua,saya ceritakan secara ringkas la, guideline ini boleh digunapakai untuk semua kereta.

1)Timing Belt-Biasanya jika kereta baru,timing belt anda boleh tahan sehingga 100,000km.Tetapi,adalah lebih baik dan selamat untuk menukarnya padaApabila sudah ditukar,biasanya boleh bertahan sehingga antara 60,000km hingga 80,000km.Ini kerana dipasaran terdapat pelbagai jenis timing belt.Jangan terbeli benda local pada harga original sudahlah..Perlu diingatkan,apabila anda menukar timing belt,tukar sekali timing bearing dan oil seal.Jika keadaannya masih elok sebaiknya pun tukar.Janganlah berjimat untuk benda-benda ni,kerana jika rosak kemudian hari,anda terpaksa membayar upah untuk menukarnya lagi.

2)Plug-Bagi saya ketahanan plug bergantung kepada driving habit pemandu itu sendiri.Biasanya boleh bertahan sehingga 40,000km.Tetapi kenderaan yang menggunakan sistem 'coil on plug' ketahanan plug anda boleh mencapai 100,000km.Elok sekiranya diperiksa setiap 10,000km

3)Jika anda menggunakan minyak hitam bergred 20-50W,oil filter anda boleh digunakan untuk 2 kali service.Minyak hitam gred ini boleh digunakan untuk jarak perjalanan sebanyak 5000km.Jika minyak hitam bergred 10-40W atau 15-50W boleh diguna sebanyak 10,000km maka setiap kali anda service anda perlu tukar oil filter anda.

4)Air filter elok ditukar setiap 40,000km.Bila pergi servis,suruhlah mekanik anda tiupkan angin air filter anda.

5)Tayar-check setiap sekurang- kurangnya 2 bulan sekali.Perhatikan corak bunga tayar anda 'balance' diantara kiri dan kanan.Cross tyre untuk setiap 3 bulan.Untuk mem'balance'kan pemakanan bunga tayar.Bagi yang kurang menggunakan kenderaan cuba perhatikan tarikh pengilangan tayar anda tidak melebihi tiga tahun.
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Tue Jan 01, 2008 4:05 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

cara-cara nak tahu tarikh pengilangan tayar saya attachkan kat link bawah ni,
Contoh 4506, bermaksud minggu ke 45,tahun 2006.

http://i222.photobucket.com/albums/dd48/wertrual/01012008001.jpg

contoh lagi satu 2506,maksud dia minggu 25 tahun 2006

http://i222.photobucket.com/albums/dd48/wertrual/01012008.jpg

6)Gear pad? Clucth plate kot... Clucth plate boleh tahan sehingga 3 tahun atau lebih.Tengok macam mana driving style.Kalau kereta dah meluncur,kaki tengah tekan clucth lagi,tak panjang la hayat clucth plate anda.

7)Ni saya tambah sendiri..Gear oil. Benda yang kadang-kadang semua orang terlepas pandang.Asyik service engine saja,gearbox dilupakan.Kalau manual mungkin boleh tahan lama sikit,tapi kalau auto,hayat dia pendek la.Terutama Proton.... Gear oil hendaklah ditukar setiap 40,000km.Jika kereta anda bertransmisi auto,jagalah gearbox anda dengan baik.Kos untuk menukar gearbox agak tinggi.....dekat-dekat RM2000 (Perdana,Wira 1.6) kalau Waja & Gen2 harga dia dekat-dekat RM4000.......mampuih..

8)Wiper- benda ni pun tengok owner jugak la,kalau hari-hari parking tempat panas terik,benda ni getah dia cepat kondem la.Kalau nak jaga dia,bila parking angkat la wiper anda ataupun pergi beli stand untuk wiper anda.


Setakat ni saja la,apa benda yang tak faham boleh tanya lagi..
selamat tahun baru 2008 untuk semua pengguna Ruamthai.net
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
chauw
Moderator


Join: 23 Jun 2007
Pos: 554

PosDipos pada: Sat Jan 19, 2008 2:02 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Khun Ruth,
Nasihat khun ruth nih saya akan jadikan sebagai Kitab Kereta Waja saya. Terima Kasih banyak-banyak krub.
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Kungjungi laman web pengepos MSN Messenger
Papar pos sebelumnya:   
Pos topik baru   Balas topik    Indeks Forum RuamThai.net -> Automotif Masa GMT + 8 Jam
Mukasurat 1 daripada 1

 
Teruskan ke:  
Anda tidak boleh mengepos topik baru di ruangan forum ini
Anda tidak boleh membalas topik-topik di ruangan forum ini
Anda tidak boleh edit pos anda di ruangan forum ini
Anda tidak boleh buang pos anda di ruangan forum ini
Anda tidak boleh undi polls di ruangan forum ini