HOME Cari Profail   Log masuk untuk membaca mesej peribadi anda 

BATERI KERETA

 
Pos topik baru   Balas topik    Indeks Forum RuamThai.net -> Automotif
Lihat topik sebelumnya :: Lihat topik seterusnya  
Author Mesej
peemon
Moderator


Join: 14 Jun 2007
Pos: 1353
Lokasi: Kuala Lumpur

PosDipos pada: Wed Dec 26, 2007 3:40 pm    Pos Subjek: BATERI KERETA Balas dengan quote

Waddee jah.
Wujud ruang ini memang bagus...saya pula perempuan yang tak pandai langsung tentang kereta, pandai duduk aje, sampai masa bawa ke pusat service Proton habis duit kadang2 mencecah RM300, hmmmm nak buat macam mana ikut aje, anggap kita tak tahu... Laughing

Di sini saya nak tahu macam mana nak jaga bateri kereta bagi tahan lama ? Bateri ada kaitan dengan Alarm kereta ? atau kenapa jadi "bateri kong" ?

Jika bateri Kong jenis apa dan berapa harga sebenarnya ? Betul ker ada jenis2 bateri yang tertentu boleh pasang tanpa pakai air bateri ? apa pun minta tunjuk ajar kawan2 perempuan la yer...Khun Rut Smile

Maaf la yer saya memang tak pandai langsung...oleh itu saya tanya aje Smile mungkin jadi ilmu kepada mereka yang baru guna kereta.

KopKhun jah.
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
OpaT
Moderator


Join: 18 Jun 2007
Pos: 530
Lokasi: N05 38,515' E100 29,350' SP

PosDipos pada: Wed Dec 26, 2007 5:54 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Saya pun nak tanya pasai bateri juga;
-Dulu saya guna bateri jenis yang tambah air, ia tahan kira-kira 2 tahun. Sekarang dah tukar, guna bateri jenis kering. Jadi nak tau, jangka hayat bateri kering tahan berapa lama?
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Yahoo Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Wed Dec 26, 2007 5:55 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Biar saya jelaskan berkenaan bateri dahulu.Bateri kereta ada 2 jenis
1) Sel Basah
2) Sel Kering
Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza

1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan air bateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik,seeloknya seminggu sekali(Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali.

2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaan serta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari dll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM 145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja,jika sel kering harganya '+' RM50 lagi.

Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepada jenis,cara penjagaan,cara penggunaan dan kekerapan penggunaan.Bateri baru biasanya mempunyai jaminan selama setahun(petrol) dan 6 bulan (diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan
1) sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) tak tutup lampu (boleh jadi jugak)

Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecuali salah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5 Ampere(standby or lock mode).Kecuali dah lebih 3 minggu tak start kereta.
Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Ini tandanya bateri ada masalah.Sebabnya masa kita start kereta,hampir 90% tenaga bateri digunakan starter(Benda ni guna dia start kereta)

PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih

Kalau tak faham dengan penjelasan saya,sila tanya tau........
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Wed Dec 26, 2007 6:08 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Khun Opat, ketahanan bateri ni bergantung kepada nasib jugak la.
Kadang2 boleh tahan sampai 2 tahun,3 tahun pun ada.Tapi ada juga yang 5 bulan dah ko,kalau nasib baik sikit 9 bulan atau 11 bulan dah ko (under warranty lagi)
Tengok macam mana penggunaan dan kekerapan serta sistem pengecas (alternator) kita.
Memandangkan harga bateri semakin melambung tinggi,kualiti bateri sekarang pun dah tak 'cantek' lagi.Kalau dulu,Century,Yokohama,Yuasa dan lain2 brand yang top boleh tahan 2 tahun,kadang2 lebih.Sekarang, tak tentu pulak.Setahun pun sudah ok,kadang-kadang kurang.
Ni mungkin campurtangan China dan Malaysia dalam pembikinan bateri(Ini pendapat saya sahaja tau)

Bayangkanlah bateri anda yang dah kong tu boleh dijual dengan harga yang tinggi jugak la.
NS60/L RM 25-RM30
NS70/L RM50
NS 100 RM100

Jadi jaga bateri anda dengan baik2,kadang2 mat pet pun curi bateri sekarang.Banyak dah berlaku,kereta dia tak mau curi dia curi bateri saja.Kalau curi bateri saja pun tak apa lagi,wayar pun dia potong.....
cisss....
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
peemon
Moderator


Join: 14 Jun 2007
Pos: 1353
Lokasi: Kuala Lumpur

PosDipos pada: Wed Dec 26, 2007 6:22 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Waddee jah.
KOpKhun Khun Rut Smile memang complete...satu lagi jika kita tak start dan parking sampai minggu, macam mana nak atasi ? cabut kepala bateri betul tak ? atau kena pasang back up apa2 di enjin untuk kereta yang terpaksa parking lama?

Bukan apa, kereta saya jenis Gen2 selalu bermasalah tentang bateri, kemungkinan saya tidak pandai jaga dan lama sangat parking tanpa start apabila saya oustation kadang2 sampai 3 minggu tanpa start.

Baru2 ini saya panggil Pusat Service Proton pasang bateri baru yang kering rasanya tanpa guna air bateri...mereka charge RM 299 Laughing saya diri tengok aje la..tak pandai kan...

KopKhun nah..
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Thu Dec 27, 2007 12:54 am    Pos Subjek: Balas dengan quote

Seeloknya seminggu sekali,cubalah start kereta anda dan bawa pusing-pusing sekurang-kurangya setengah jam atau lebih.Ini bagi memastikan bateri anda dapat dicharge balik.
Buka kepala bateri bukanlah penyelesaian yang baik,kerana bateri jika terdedah kepada panas dan sejuk tenaganya akan susut juga.Cuma ianya boleh tahan lama sikit la.Tidak digalakkan untuk Waja dan Gen2 untuk membuka kepala bateri.Kerana Waja,jika dah buka kepala bateri dan pasang balik,kadang kadang,timing akan lari.Bila buka air cond,timing akan jatuh dan enjin boleh mati.Untuk Gen2 pula maslah ini mungkin tidak ada,tapi sekiranya kenderaan anda dicuri,ianya mungkin tidak dikesan lagi.Kerana Gen2 dan Waja (bukan semua model) dilengkapkan dengan sistem pengesan.Ianya beroperasi dengan bateri yang berasingan tapi bersambung dengan bateri utama.

Bagi pendapat saya,kereta yang selalu digunakan lebih kurang rosak daripada kereta yang jarang digunakan.

Nanti kalau ada kelapangan,saya nak buat kajian la sikit,untuk pasang solar panel dekat kereta.Bukannya apa setidak-tidaknya dia boleh back-up charge bateri anda.Tapi kereta kena parking ditempat yang dapat sinaran matahari atau lampu la... Wink
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
peemon
Moderator


Join: 14 Jun 2007
Pos: 1353
Lokasi: Kuala Lumpur

PosDipos pada: Thu Dec 27, 2007 12:53 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Waddee jah.
KopKhun nah...so selama ini, saya anggap salah la yer...nasib baik tak pernah cabut bateri lagi apabila lama2 parking...kereta pula kena dapat sinaran matahari, bateri akan ok ...

Kopkhun2 mark jah..


Kali terakhir diedit oleh peemon pada Thu Dec 27, 2007 4:24 pm; diedit 1 kali keseluruhannya
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
chauw
Moderator


Join: 23 Jun 2007
Pos: 554

PosDipos pada: Thu Dec 27, 2007 2:57 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

K.Ruth,
Dari cara anda beri keterangan... saya kata Khun Ruth ni bukan calang-calang mekanik nih.. penerangan khun ruth begitu detail sampai saya sendiri boleh dapat bayangan yang jelas.

Saya tak pernah jumpa mekanik yang dok buat research sendiri serta surf internet untuk cari maklumat macam nih. lagi-lagi mekanik orang Siam kita...

Ini mesti mekanik yang ada degree nih..
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Kungjungi laman web pengepos MSN Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Fri Dec 28, 2007 12:26 am    Pos Subjek: Balas dengan quote

degree tu apa benda? He..he.. saya tak berkesempatan untuk masuk universiti.Tapi kalau ada minat yang mendalam dalam sesuatu,kita pasti ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.Zaman sekarang dah ada internet,kalau tak tahu,cari kat internet.Bila dah ada asas dan teori,kita cuba praktik pulak.
Dulu kat Sekolah Teknik ambik course Electric & Electronic,tapi sekarang dok buat automotive pulak.Takpelah saya suka belajar sesuatu yang baru.Kalau boleh semua benda saya nak tahu Shocked
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
kappa
Khon Thai Yu Ni


Join: 27 Jun 2007
Pos: 39

PosDipos pada: Fri Dec 28, 2007 4:21 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Waddi Ruth,

Dah bertahun2 xjmp, sejak K.Ruth blajar Sek. Teknik Sampai krg kita xpernah jmp....
-masih ingat kwn2 Kg Baling Nai lg x?

K.Ruth ni dia memang semua boleh.....kalau dia nak bt pa mmg dia akan buat bersungguh2.....mmg patut dicontohi.....
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Kungjungi laman web pengepos
peemon
Moderator


Join: 14 Jun 2007
Pos: 1353
Lokasi: Kuala Lumpur

PosDipos pada: Fri Dec 28, 2007 4:32 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Waddee jah Smile
Saya Poomjai dengan Ruth dan phi2 nong2 yang sudi memberi pertolongan dalam RuamThai sejak dulu...memang dicontohi jah Smile minat dan bersungguh2 akan capai kejayaan jah Smile

Ruam Mue - Ruam Jai - Ruam Thai - Ruam Dhamma
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
Ruth@Tas
Khon Thai Su Su


Join: 11 Sep 2007
Pos: 87
Lokasi: Kepong,Kuala Lumpur

PosDipos pada: Fri Dec 28, 2007 6:28 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

Khun kappa(Betoi ka nama hang),ingat jugak kat kawan2 kat Baling nai.Tapi tak pernah dapat jumpa,mungkin banyak yang dah kawen,khun sudah kawen belom? Very Happy
Jumpa jugak sorang member kat sini,inilah guna dia Ruamthai.net.
Buat apa sekarang?
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Send e-mail Yahoo Messenger
kappa
Khon Thai Yu Ni


Join: 27 Jun 2007
Pos: 39

PosDipos pada: Fri Dec 28, 2007 6:34 pm    Pos Subjek: Balas dengan quote

hahahaha......Nama glamer kat sekolah dulu airit.....ingat lagi dulu masa petang2 kita dok lepak tepi kat perpustakaan & kadang2 dok bawah pokok tepi surau....
xkahwin lagi la kawan.....karang keja kilang kat Penang.....aiyooooo....lm betul xjumpa noh...chat ka?..... Razz
Kembali ke atas
Lihat profail ahli Hantar mesej peribadi Kungjungi laman web pengepos
Papar pos sebelumnya:   
Pos topik baru   Balas topik    Indeks Forum RuamThai.net -> Automotif Masa GMT + 8 Jam
Mukasurat 1 daripada 1

 
Teruskan ke:  
Anda tidak boleh mengepos topik baru di ruangan forum ini
Anda tidak boleh membalas topik-topik di ruangan forum ini
Anda tidak boleh edit pos anda di ruangan forum ini
Anda tidak boleh buang pos anda di ruangan forum ini
Anda tidak boleh undi polls di ruangan forum ini