Friday Mar 24

Nai Siri Neng Buah

Wawancara bersama Na Siri Neng Buah, Pengarah Bahagian, Jabatan Warisan Negara MALAYSIA.

++++++++++++++++++++++++++++++

Bersama Nai Siri Neng Buah

..Buat baik, cakap baik dan fikir baik tidak merugikan sesiapa. Selain itu, JANGAN MUDAH PUTUS ASA, BUAT APA PUN BUAT DENGAN SEDAYA UPAYA...THAM JING AU JING... Bekerja dan menjalani kehidupan mengikut landasan keagamaan atau dhamma itulah yang paling penting dan paling sempurna bagi anak-anak semua

Wawancara bersama Nai Siri Neng Buah
Pengarah Bahagian, Jabatan Warisan Negara

Apabila sebut sahaja slot "Ceramah Kebudayaan Khon Thai" dalam Seminar Motivasi dan Pembangunan Pelajar Thai, siapakah yang akan terlintas dalam fikiran anda ? Sudah tentu nama Nai Siri Neng Buah antara senarai nama teratas bagi penceramah yang akan dipilih oleh phi2 nong2 Ruam Thai setiap musim.

Apakah keistimewaannya sehingga nama beliau menapak di hati RuamThai mahupun masyarakat Khon Thai kita, sejak 15 tahun lalu. Encik Siri Neng Buah atau panggilan Na Siri banyak menyumbang tenaga dan ideologi dalam kebudayaan kepada RuamThai. Beliau yang juga diiktiraf oleh negara serta masyarakat kita, dalam ilmu dan pengetahuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Bangsa dan Negara. Ikuti, keunikan yang terselindung dalam kerjaya dan kehidupan beliau. Bagi mengupas lanjut siapakah Nai Siri Neng Buah dan kejayaan beliau dalam bidang kebudayaan negara dan Thai, ikuti wawancara bersama Pimon Patiang di Jabatan Warisan baru-baru ini.

++++++++++++++++++++++++++++++

Pimon : Sawaddee ka, Na Siri, terima kasih ya, kerana meluangkan masa kepada RuamThai.Net untuk ditemu bual Na, walaupun sibuk dengan tugas harian. Pertama kali, sudah tentu, saya ingin tahu lebih mendalam lagi tentang latar belakang Na Siri dan zaman kanak-kanak Na, ka?

Nai Siri : Sawaddee krap. KopKhun Krap, Na Siri asal dari Kampung Pok Kiang, Kluang, Besut, Terengganu. Perkampungan Konthai yang paling kecil hanya sekitar seribu hingga 2 ribu keluarga sahaja. Berbanding perkampungan di Kedah kira-kira 30 ribu dan Kelantan 3 ribu orang. Perkampungan Konthai Terengganu terbahagi kepada 4 buah kampung iaitu 1. Kg Pok kiang atau Kok Kiang, Daerah Kluang. Kampung ke-2 Kg.Renek atau Batu Bala, Jabi, Besut. Kampung ke-3. Kg Mor Thong atau Kg Tok Motong atau orang Melayu panggil Kg.Tok Cik dan ke-4 adalah kawasan Pekan Jerteh yang terdapat beberapa keluarga Konthai dan boleh dianggap sebagai kumpulan perkampungan orang Thai, di pekan itu.

Na Siri lahir pada pada 9 Disember 1953 di Kg Pok Kiang. Boleh dikatakan kawasan itu sangat pedalaman dan mundur. Tiada kemudahan infrastruktur, jarak kampung antara pekan atau bandar agak jauh dan terpaksa jalan kaki atau naik basikal, jalan pula tidak berturap, memanglah zaman itu serba kekurangan, tetapi kehidupan Na Siri boleh dikatakan sederhana dan bahagia dengan kekayaan alam sekitar. Tanah amat subur dan hasil alam pula mudah didapati sekeliling perkampungan. Cuma satu saja...pokok durian tidak tumbuh (senyum dan ketawa) kerana tanah pasir, memang pokok durian tidak akan tumbuh. Ketika itu, hanya 13 buah keluarga sahaja yang tinggal di kampung. Mereka memang tekun dan rajin dalam kerja tani, dan sekarang bilangan keluarga mencecah kepada 50 buah keluarga.

Zaman kanak-kanak, selain ke sekolah setiap hari, Na Siri juga suka bermain-main dengan kawan-kawan di sawah, kebun dan memancing di pantai seperti mana kanak-kanak di kampung. Kadang-kadang tolong datuk bela kerbau, Na sentiasa bawa buku atau hafal huruf Thai atau Jawi.

Pimon : Na Siri ka, bagaimana pula dengan keunikan nama SIRI NENG BUAH ka ?

Nai Siri : Na Siri adalah anak sulung dalam keluarga bapa, Nai Nin Bua (Neng Buah) dan ibu, Nang Uan, keturunan Suksai. Pada mulanya nama Na bukannya "Siri Nin Bua"  sebelum ini, nama "Siri Mongkhul Suksai" diberi oleh bapa kerana pengaruh daripada nama Siam Nakorn Si Thammarat, kerana bapa Na mendapat pendidikan awal dan Buart Nen di situ. Setelah mendapat bantahan daripada kawan bapa yang nama Cik Jai Na "Siri Mongkhul Suksai" nama agak panjang lalu ditukar kepada nama "Siri" dan Neng Buah adalah nama bapa. Manakala keturunan Suksai adalah daripada datuk.

Datuk Na Siri adalah Nai Deng Suksai adalah orang besar dalam kepimpinan lama Daerah Besut oleh Raja Besut. Beliau menjadi Kapitan Siam atau Ketua Khon Thai di perkampungan ini. Juga digelar Tok Lang Merah @ Tok Merah atau panggilan Tok Pawah bagi golongan Melayu di kawasan tersebut.

Sebelum penjajahan British, Terengganu adalah Negeri Sarat Kerajaan Siam (termasuk, Kelantan, Kedah dan Perlis) dibawah pimpinan kerajaan Diraja ke-5.  Apabila tiba Zaman Jajahan British, Kerajaan Siam terpaksa serah 4 negeri tersebut kepada British, melalui perjanjian. Maka kepimpinan Datuk Deng juga kurang peranannya dalam Jajahan British...lama-kelamaan beliau bersara dan jawatan Kapitan Siam tidak perlu lagi pada zaman itu.

Bagaimanapun orang Siam di Besut, Terengganu masih menetap di perkampungan masing-masing. Datuk Deng yang dikenali Kapitan Siam pertama dalam pentadbiran Kerajaan Siam telah meninggal dunia pada umur 111 tahun, pada 1980.

Keunikan keluarga Na adalah keluarga dan perkampungan Kebudayaan atau Karn-Lak-Len, pelbagai persembahan ada di kampung ini, seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Ram Wong dan sebagainya.

Pimon : Boleh dikatakan, Na Siri berasal daripada keturunan elit dan berada, adakah Na pernah mengalami kesusahan atau keperitan hidup pada zaman kanak-kanak atau remaja ?

Nai Siri : Bagi Na, tidak pernah, walaupun ibu bapa Na cerai, Na tetap tinggal bersama datuk sejak kecil, segala kemudahan datuk dan nenek sentiasa ambil berat dan memberi dorongan sepenuhnya terutama pendidikan. Na sendiri memang sayang dan cinta dalam ilmu pengetahuan, begitu juga datuk Na sentiasa menitik berat dalam pembelajaran anak-anak dan cucu. Hanya susah ketika ke sekolah terpaksa jalan berbatu-batu dan jarak yang agak jauh, tambah pula jalan tanah merah, waktu hujan memang susah. Apa pun Na tetap ke sekolah di Pekan Jerteh. Pada waktu petang pula, Na belajar Bahasa Thai dan Dhamma di Sala Kampung. Ketika itu Phothan Deng, Wat Phikulthong Vararam, Terbak, Kelantan dan beberapa rup Phra datang ke Pok Kiang untuk Cham Phansa dan ajar bahasa Thai. Na tambah minat lagi dalam ilmu bahasa dan keagamaan. Oleh itu, selepas tamat sekolah rendah Na Siri pindah ke Kg.Terbak, Tumpat Kelantan untuk melanjut pelajaran di peringkat Menengah dan menjadi DEK-WAT di Wat Phikulthong selama 11 tahun. Kehidupan Na tidak pernah yut-yu-kap-thi, Na sentiasa aktif diri mahupun dalam bidang pendidikan secara formal atau tidak. Malah,  Na tetap aktif dalam aktiviti sukan, kebudayaan dan kebajikan tidak kira di kalangan masyarakat Thai atau Melayu di Kelantan dan Terengganu.

Na juga pandai berpidato, bersajak, berpantun, syarahan dan aktif dalam perbahasan. Sehingga sekarang Na masih fasih bertutur dan menulis bahasa Jawi.

Pimon : Selama 11 tahun Na di Wat atau Negeri Kelantan, susah tentu dapat mempelajari pelbagai kehidupan dan cabaran, bagaimana pula dalam usaha melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ?

Nai Siri : Di Wat Phikulthong, selain belajar sekolah waktu biasa, Na juga belajar Dhamma SekSha sehingga NakDham Eak. Setelah tamat pengajian STPM dengan keputusan 5 prinsipal daripada Institusi Pendidikan di Kota Baharu. Na juga menjadi guru Bahasa Melayu sementara menunggu keputusan sambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu adalah harapan tertinggi Na pada masa itu. Bagaimanapun, Na ditolak oleh UKM kerana sistem kuota dan tidak dapat bersaing dengan bangsa lain kerana masa itu, Bumiputra diberi keistimewaan, tambah lagi sistem Sosialisme masih radikal selepas Dasar Pelajaran diguna pakai. Na hampir putus asa, walaupun mendapat keputusan STPM 5P, ketika kawan Na yang lain boleh melanjut pelajaran di Universiti tempatan yang lain. Kekecewaan Na tetap ada, tetapi Na masih berusaha meneruskan usaha ke menara gading dan memegang segulung ijazah kepada diri, keluarga dan bangsa Thai. Sehinggalah Na membuat keputusan memohon ke Universiti Er Langa, Surabaya, Indonesia dan ingin menjadi Dr.Rundes pertama bagi bangsa Thai.

Melalui permohonan ke universiti di Indonesia, Na layak ke sana, tetapi sayangnya, Na tidak ditawar biasiswa oleh kerajaan Malaysia malah, Na terpaksa guna wang sendiri untuk ke Indonesia. Di perantauan, Na terpaksa bersaing dengan orang bangsa lain, dan tambah malang apabila pihak Universiti tidak mahu menerima Na kerana tiada jaminan daripada kerajaan Malaysia atau penjamin kenamaan. Keadaan tambah buruk apabila Na, dikehendaki bayar yuran pelajaran sebanyak 4 ribu ringgit selama 3 tahun dan wang sewa rumah selama 3 tahun, sebagai jaminan bahawa Na mampu menjadi penuntut di Universiti tersebut dan sewa rumah di Indonesia. Pelbagai masalah melanda Na, apabila Na hanya membawa wang saku sebanyak 1,600 ringgit yang dianggap sangat banyak ketika itu...perjalanan ke Surabaya pula agak sukar terpaksa ke Singapura dan guna kapal "Tempo MAS" kelas 4 jika ada kelas 5 Na pun akan beli tiket ke 5 rasanya (perlu jimat perbelanjaan apabila tiba di Indonesia nanti)...

Pimon : Ya...zaman dulu ke negara orang bukan mudah, mahupun perjalanan, tambah lagi negara asing, bagaimana Na menghadapi masalah dan langkah seterusnya apabila menghadapi masalah begini?

Nai Siri : Semasa di Surabaya, Na masih usaha mencari penjamin dan wang. Sudah tentu sukar bukan ? Siapa kenal Siri Neng Buah ? remaja berbadan kecil tetapi harapan setinggi gunung ? Akhirnya Na menulis surat kepada datuk dan memberi tahu hal sebenarnya, datuk Na balas surat dan memberitahu beliau akan menolong Na sehingga tamat pengajian dan akan jual tanah hak milik datuk. Setelah tahu datuk akan korban tanah keturunannya, Na terus beritahu datuk, kemungkinan Na tidak mampu membeli semula tanah tersebut demi keturunan dan keluarga datuk, Na mengambil keputusan kembali ke tanah air dengan tekad, jika ada peluang dan rezeki Na akan sambung semua hasrat ke menara gading. Akhirnya Na balik ke tanah air, dan bekerja tanpa kira jenis atau gaji, dalam masa 2-3 tahun Na tetap kerja.

Di Jerteh, Na terjumpa kawan lama yang sudah tamat pengajian di UKM, dan akan buka sekolah swasta di Jerteh. Na dipelawa menjadi guru Bahasa Melayu .Jangkasa masa 7 tahun di Jerteh dengan gaji 2 ratus ringgit sebulan. Boleh dikatakan Na berulang alik dari kampung Pok Kiang dan Jerteh setiap hari selama 7 tahun

Pimon : Na memang orang yang gigih dan tidak pernah putus asa, adakah Na ingin mencari pekerjaan lain selain daripada mengajar ?

Nai Siri : Ya memang, kebolehan dan minat Na adalah menjadi pengajar. Walaupun hanya kelulusan Institut Pendidikan, malah sifat ingin mengajar dan memberi ilmu pengetahuan sentiasa di hati Na. Yang penting masa itu adalah ingin jadi guru di Kedah dan Perlis. Ingin berjumpa dan mengajar Konthai Kedah, kerana ingin dan kenali bagaimana kehidupan orang Kedah...yang berbeza dengan kita dari segi percakapan atau kebudayaan. Memang jika Na jadi guru kerajaan, sudah tentu Na akan minta bertugas di Kedah. Tetapi hasrat tidak kesampaian, maka terima sahajalah rezeki dan karma yang kita lakukan.

Ketika itu, gaji Na hanyalah 2 ratus ringgit sebulan, selepas mengajar Na masih tetap menanam tembakau dan bertani. Bagaikan "pagi memegang pen..petang memegang cangkul atau siam".

Pimon : Dalam jangkamasa 7 tahun, adakah Na masih aktif dalam dunia kebudayaan seperti persembahan Wayang Kulit yang Na minati, berpantun dan Mak Yong serta aktiviti belia dan aktiviti kemasyarakatan ?

Nai Siri : Selain mengajar dan bertani, Na masih aktif dalam parti politik sehingga menjawat jawatan tertinggi sebagai Pemuda Parti Sosialis peringkat Negeri. Aktiviti kebudayaan peringkat negeri atau kawasan Na tetap aktif dan sehingga dikenali ramai dan disukai ramai dengan sifat mesra dan ramah Na. Sekitar tahun 1970an Na memang aktif dalam aktiviti Belia 4B, Belia Muhibbah dan St.Ambulans. Semua ini adalah untuk mengajak anak-anak belia aktif dalam kerja sosial dan elak daripada anasir buruk selain daripada berpolitik secara aman. Kadang-kadang Na terpaksa korban masa dan wang sendiri untuk belia-belia kampung dan masyarakat dalam usaha mengadakan aktiviti seperti anjuran sukan, persembahan kebudayaan dan kesenian.

Melalui kerja-kerja sosial inilah, memberi peluang kepada Na dan mengubah corak hidup Na sekali lagi, apabila ada jawatan kosong sebagai Pegawai Kebudayaan Belia dan Sukan sekaligus jawatan kosong sebagai guru ke maktab perguruan. Na terpaksa memilih salah satu jawatan dan bertarung nasib antara 2 jawatan ini, antara minat dan impian. Bagaimanapun Na memilih Pegawai Kebudayaan Belia dan Sukan. Tempat pertama Na berkhidmat adalah Daerah Dungun, Terengganu sebagai pegawai perkhidmatan awam pada umur 25 tahun dan digelar ketua keluarga yang sempurna. Antara negeri yang Na pernah berkhidmat adalah Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Sabah.Hanya Kedah dan Perlis sahaja.

Na berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 22 Ogos 1978, dan mungkin sama umur anak-anak sekarang. Pelbagai cabaran, pengetahuan dan pegalaman Na perolehi sehingga menjawat jawatan sekarang sebagai Pegarah Bahagian (B52), di Jabatan Warisan Negara, Jln Kg Attap, KL. Bagaimanapun Na masih digelar "Cikgu Siri" sehingga sekarang, apabila terjumpa anak murid atau orang kampung.

Pimon : Memang benar Na, bukan mudah menjalani kehidupan sehingga kini dengan pelbagai cabaran,  di sini saya ingin kongsi apakah Pegangan Hidup Na sehingga berjaya sehingga kini.

Nai Siri : Cakap tentang Motto hidup atau pegangang...anak pernah dengar lagu...MEA WARN KOR DU SUAI DEE TEA WAN NIE SUAI KWA MEA WARN (Semalam terlihat cantik, tetapi hari ini lebih cantik daripada semalam...) Melalui lagu ini, menunjukkan Na tetap melakukan kerja demi kebaikan mengikut step, semalam baik, hari ini tambah baik lagi...dan esok mesti baik daripada semalam, dan hari ini. Apa-apa pun Na tetap percaya KWAM DEE (kebaikan) iaitu buat baik, cakap baik dan fikir baik tidak merugikan sesiapa. Selain itu, JANGAN MUDAH PUTUS ASA, BUAT APA PUN BUAT DENGAN SEDAYA UPAYA...THAM JING AU JING...Akhirnya kebaikan adalah milik kita. Apabila kawan berjaya dan maju daripada kita, kita dengan ikhlas mengucap tahniah dan ruam-kwam-yindee tanpa niat jahat. Bekerja dan menjalani kehidupan mengikut landasan keagamaan atau dhamma itulah yang paling penting dan paling sempurna bagi anak-anak semua. Yang penting Na siri, ingin bekerja untuk institusi keagamaan, masyarakat iaitu PLIE-CHIP-PHEA KONTHAI !!!

Pimon : Ya terima kasih Na Siri, apakah pula projek atau program pertama akan Na Siri lakukan selepas bersara kelak (2-3 tahun) ?

Nai Siri : KopKhun khrap, memang hasrat Na selepas bersara adalah ingin menubuh Pusat Sumber atau Pusat ilmu tentang Konthai di 3 negeri yang ada Konthai iaitu Pusat Induk di Wat Kg Dalam, Kelantan, Kedua kemungkinan di Wat Boonyaram, Padang Sera, Kedah dan Perlis belum pasti. Pada pendapat Na, selama ini, Konthai kita belum tahu di mana wujudnya Konthai di Malaysia dan negeri-negeri ? dan masih sangsi dengan pengetahuan tentang Konthai di Malaysia, masih belum ada fakta yang kukuh bagi mengesahkan kewujudkan semua ini. Masih ada juga kelompok yang berfikiran kolot antara SIAM dan THAI apakah perlu wujud, sudah tentu mengikut perlembagaan negeri masing-masing. Bagi Na, hal begini tidak patut wujud, kemajuan sudah ke depan, kenapa kita perlu menoleh mencari asal usul sejak 50-100 tahun hanya perbalahan dan perbahasan tanpa fakta yang konkrit dan benar? Yang penting Na ingin wujudkan pusat ilmu dan pusat memberi maklumat serta pertolongan kepada masyarakat kita, mahupun sumber kewangan dan ilmu. Pertama kali, Na mungkin akan mengumpul semua penulisan dan menerbit 1-2 buah buku mengenai kebudayaan dan asal-usul Konthai berdasarkan penyelidikan dan fakta. Pusat ini juga sebagai sumber keagamaan untuk membantu kejahilan anak-anak muda tentang keagamaan dan juga phra bhikkhu sendiri yang sudah leka dengan duniawi daripada pathibat dhamma yang sebenarnya. Setelah adanya pusat ini, sudah tentu Na Siri akan buat roadshow atau kempen kepada semua Konthai seluruh Malaysia dan objektif yang jelas serta sumber kewangan yang boleh diperolehi. Kemungkinan satu perbincangan dan SAMANA DHAMMA antara Bhikkhu Malaysia diadakan untuk meneruskan peranan yang telus dan tanpa politik dalam Institusi Keagamaan. Semua ini adalah rancangan Na Siri dan kemungkinan tidak akan jadi kenyataan jika tidak ada KERJASAMA mereka dan generasi anak-anak yang sama ideologi dengan Na.

Pimon : Saya harap, projek itu akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak ka? Melalui perancangan ini, Adakah Na Siri akan aktif semula dalam dunia politik atau menerima jawatan Senator Ke-3 sebagai usaha menjayakan projek tersebut?

Nai Siri : Selepas bersara, kemungkinan Na lebih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan PLIE CHIP PHEA KONTHAI, ada jawatan atau tidak Na tetap teruskan usaha Na, tetapi jika dibagi atau dilantik atau minta bertanding, jika itu peluang dan rezeki Na, sudah tentu Na akan terima, setelah sekian lama Na menolaknya dalam arena ini. Selepas bersara kemungkinan Na lebih bersedia bekerja untuk masyarakat. Yang penting adalah kemajuan konthai dan pendidikan anak-anak Thai. Na akan beri peluang semua anak-anak Thai yang layak menerima duit yayasan Konthai tanpa mengira pangkat, nama atau keturunan. Giat aktif dalam parlimen dan berusaha mendapat projek atau pembangunan yang berguna kepada masyarakat tanpa mengira area, Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu atau mana-mana sahaja ada Konthai. Kemungkinan idea Na agak aneh, tapi jika Na cakap benar dan seperti ini sudah tentu Na akan melakukan dengan baik.

Satu lagi jika, umur Na panjang, Yayasan untuk anak-anak Thai dan tabung RuamThai tetap ada bukan hanya meminta daripada institusi keagamaan tetapi sumber tersebut perlu dicari melalui projek yang membina kepada masyarakat kita. Antaranya idea menyewa bangunan atau rumah flat untuk anak-anak Thai yang belajar di bandar utama, bagi memudahkan mereka mendiami tanpa menyewa rumah seperti berlaku sekarang, di mana, anak-anak Thai terpaksa menyewa rumah dengan kadar yang tinggi. Contoh yang terbaik adalah kejayaan YMCA yang mampu mengurus tentang anak-anak belia seluruh negara dan di peringkat antarabangsa. Bagi Na, tidak perlu peringkat antarabangsa, peringkat negeri atau kampung sudah mencukupi bagi membina taraf hidup konthai kita. Apa-apa pun Samagghi atau kerjasama dan kesedaran mereka yang berjaya yang ingin menolong masyarakat sendiri itu adalah penting. Yang menjadi lemah sekarang adalah, kurangnya kerjasama, masing-masing ego dan hanya mengaut keuntungan tanpa memikir masyarakat dan nilai murni untuk perpaduan kita. Yang berjaya tidak menoleh ke belakang di mana akar umbinya di mana dia lahirnya dan dibesarkan...masing-masing anggap biar ajelah.. Konthai kita..itu saja...

Pimon : Setelah, saya ketahui dunia kerjaya dan kehidupan Na Siri, bercakap tentang Konthai, apakah persepsi pertama Na Siri terhadap perkataan Konthai kita dan anak-anak muda sekarang termasuk RuamThai ?

Nai Siri : KopKhun Khrap, Na fikir anak-anak Thai sekarang memang banyak peluang mendapat pendidikan dengan mudah, tetapi amat sayang sekali, masih ada anak-anak kampung kita leka dengan duniawi tanpa mengejar kemajuan atau ilmu pengetahuan yang senang dimiliki tanpa guna wang yang banyak. Berbanding zaman Na, betapa peritnya mencari ilmu sehingga negara orang terkena pula sekatan dan kurang dorongan kerajaan. Tetapi semua ini jauh berbeza, zaman sekarang semua mudah, hanya diri anak-anak dan konthai semua sahaja ingin capai, sama ada negatif atau positif adalah ditangan anda. Apapun Na meminta semua Konthai Samagghi dan buat apa-apa pun dengan niat yang baik dan ikhlas. Orang yang digelar tua janganlah pandang serong dengan anak-anak muda, kurang sedikit sifat ego anda dan berbaik2 dengan mereka. Anak-anak sekarang perlu prihatin daripada orang-orang tua seperti Na sesiapa sahaja anak-anak yang datang atau hubungi Na, Na akan layan dengan baik, tanpa memikir budak atau orang tua...yang penting sifat pemikiran baik dan rasional dalam usaha bergaul antara anak muda dan tua. Ingin orang lain hormat kita, kita perlu hormat itu dahulu, ini bukan bermakna sebagai tunduk kepada anak-anak muda, tetapi sebagai orang tua kita perlu terima dengan fikiran terbuka bukannya mencari masalah atau perbalahan dalam kumpulan. Itu sahaja, jika anak-anak ada masalah boleh hubungi Na, jika ada masa Na akan terus menolong anak-anak.KopKhun Khrap.

++++++++++++++++++++++++++++++

Itulah wawancara bersama Na Siri yang kita kenali ramai, terutama anak-anak RuamThai sejak 15 yang lalu. Selama 4 jam penulis bersama beliau di pejabatnya di Jabatan Warisan Negera, walaupun hari cuti (sabtu) beliau tidak menghiraunya yang penting adalah kerja perlu diselesai walaupun hari cuti. Semasa menunggu masa beliau terluang (walaupun sudah temujanji), malah kerja sentiasa ada baginya. Ketika itu beliau sedang mengkritik dan baiki dialog nyanyian Mak Yong Kelantan. Kadang-kadang sangat kelakar, orang siam...anak siam boleh menjadi pengkritik kebudayaan bangsa lain, bukannya budaya kita sendiri. Itulah keunikan yang dimiliki oleh beliau. Dalam kesibukan mengkritik dialog tersebut, beliau juga boleh menghafal dialog bahasa kelantan pekat atau Kelantan Barat dengan mahir sekali seiring dengan persembahan Mak Yong.

Beliau juga berpengalaman dalam persembahan wayang kulit setelah menerima dorongan dan bimbingan asas daripada bapa beliau Neng Buah. Di samping itu, beliau juga pernah mendapat bimbingan dalam bidang berkenaan daripada beberapa tokoh ternama wayang kulit seperti Seniman Negara Hamzah Awang Amat, Dalang Yusof Mamat atau dikenali Pak Soh Lapok serta pernah menerima bimbingan tidak formal daripada Dalang Dolah Baju Merah dan Dalang Saari Terengganu. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa, merupakan satu kelebihan kepada beliau sebagai seorang dalang wayang kulit yang mampu menyampaikan cerita kepada pelbagai lapisan kaum sehingga persembahannya mudah difahami di kalangan kebanyakan khalayak penonton khususnya kepada pelancong asing sekitar Kuala Lumpur.

Antara hasil seninya ialah Tok Dalang Persembahan Wayang Kulit di Istana Budaya dan Tok Dalang Kumpulan Seri Cahaya, di Kelantan dan pelbagai persembahan dan kesenian di peringkat antarabangsa.

Adakah generasi anak Thai seterusnya mampu mewarisinya ?

Share