Friday Mar 24

Dr K

 Wawancara bersama Dr.K.Sridhammananda

Wawancara Dr.K.Sridhammananda 2005-2006
(petikan/terjemahan daripada laporan khas sambutan Hari Wesak 2005-2006)

Jika Ajarn Phutathat Bhikkhu, adalah pemikir Buddhisme yang dikenali di kalangan rakyat Thailand dan Thai-Malaysia, bagaimana pula nama ini " Ven. Dr. K Sri Dhammananda Nayaka Maha Thera" Berapa ramai Konthai-Malaysia kenali beliau (mendiang) ? Antara pemikir buddhisme dan falsafah yang terkenal di kalangan penganut Buddha seluruh dunia...

Setakat ini buku yang ditulis oleh beliau mencecah 70 buah (tidak termasuk pocket book) dan diterjemah dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Thai, Malaysia, Indonesia dan Mandarin, serta pelbagai bahasa di Benua Eropah, Amerika, Australi dan New Zealand. Sumbangan dan hasil penyebaran agama buddha di Malaysia telah memberi inspirasi pelbagai lapisan masyarakat, mahupun ahli politik dan golongan elit. Malah disanjungi oleh mereka yang bukan Buddhist di peringkat antarabangsa. Buku terakhir yang ditulis oleh beliau ialah Human Life.

Ini termasuklah, Phra Khru Udom Dhammapatiparn (Phothan Bun, Bangsek) yang menjadi luk -sit mendiang sehingga melanjutkan pelajaran ke Sri Lanka dan Ven. Saccavaro (Phra Phian, Kelantan) yang tamat pengajian Ijazah Sarjana dalam pengajian Buddha di Sri Lanka. Melalui sumbangan dan inspirasi dalam pengajian Dhamma, izinkan saya berkongsi maklumat kepada phi2 nong2 di ruamthai.net ini.

Sempena Bulan Khao Phansa dan mengenangi pemergian mendiang pada 31 Ogos 2006, saya telah temubual bersama mendiang sejak Mei 2005 dan Mei 2006 tentang ideologi Buddha dan kefahaman mempraktis ajaran buddha sempena Hari Wesak 2005 dan 2006, untuk tatapan semua yang ingin mendalami dhamma. Ikuti wawancara bersama Mendiang, di Sasana Abhiwurdhi Society di Brickfileds, Kuala Lumpur pada 2005-2006.

** Petikan temubual pada 2005/2006 sempena Hari Wesak untuk siaran Laporan Khas Berita TV RTM - Oleh Pimon Patiang, yang diterjemah dalam kepada Bahasa Malaysia.

Pimon : Namaste Bhante, terima kasih ya kerana memberi peluang saya menemubual Bhante sempena Hari Wesak, sebelum ini saya pernah menghadiri Dhamma Talk Bhante di Vihara ini dan baca penulisan Bhante saja.

Dr.K.Sri : Charen Phorn, Saya juga amat berbesar hati apabila ketahui daripada anak murid saya, bahawa saudari adalah pemberita RTM yang beragama buddha juga. Maka mudah kita berbual-bual atau boleh bicara dalam segala-gala topik yang berkaitan dengan Buddhisme, tidak semestinya tentang Hari Wesak sahaja...Sebagai penganut Buddha, hari yang paling bermakna dan penting adalah cara kita mempraktisnya dan bagaimana kita boleh mengurang kesengsaraan dalam hidup, melalui kebijaksaan pemikiran logik kita. Itulah ideologi penting dalam Buddhism.

 

Pimon : Terima Kasih Bhante, bagaimana kesihatan Bhante sekarang ya ? Saya diberitahu oleh Sir Saras (AJK Wat Brickfields) bahawa Bhante kurang sihat dan perlu berehat, tetapi Bhante masih bersemangat dan beri peluang saya berwawancara. Memang saya kagum dan sangat hormat Bhante (ketika itu, saya dijemput masuk ke bilik rehat didapati mendiang masih terlantar atas katil...)

Dr.K.Sri : Tidak mengapa, keuzuran...kesihatan...kesengsaraan dalam hidup, kita manusia
perlu melaluinya, menjadi perkara biasa dalam kehidupan ini....bagaikan konsep "Watacak Songsarn (Samsara) " = Putaran Lahir, Tua, Sakit dan Mati...samalah dengan saya....tidak lama akan Mati...itu adalah Tunggak Utama Dalam kefahaman Buddha...semua yang wujud akan pergi jua. Saudari juga perlu memahaminya.

Pimon : Ya memang benar, apa yang Bhante cakap...saya juga berpegang kepada konsep ini, tetapi istilah Buddha dalam Bahasa Thai yang saya pelajari dengan istilah Buddha yang Bhante cakap (Bahasa Inggeris)....kadang-kadang saya kurang memahaminya...adakah perbezaan Bahasa, Kebudayaan boleh mempengaruhi dalam kesafahaman buddha, terutama penganut Buddha di Malaysia ?

Dr.K Sri : (Senyum...) Ya memang ada sedikit sebanyak dalam pemahaman Buddha, tetapi istilah Buddha adalah sebutan di kalangan pemikir Buddha sahaja...perbezaan tetap wujud, mahupun zaman wujudnya Buddha dan penyebaran di India. Namun kepekaan dan kebijaksaan kita adalah pengukur penting bagi mengenal pasti perkara manakah buruk dan baik untuk menjadi contoh dalam hidup kita. Iaitu, SILA, SAMDHI, dan PANJA yang dicampuri oleh amalan kebudayaan.

Begitu juga, kefahaman orang Thai/Siam kita di Malaysia...mereka mudah memahami dan mengikuti aliran Teravada yang di bawa oleh Bhikkhu di Thailand, kita patut puji masih ada orang Malaysia seperti saudari mengekalkan ajaran Buddha...walaupun berlainan bahasa dan budaya pada asasnya...tetapi buddha dapat diadaptasikan dalam semua lapisan masyarakat...adanya Tisarana = Buddha, Dhamma, Sanggha (phra phut, Phra Dham, Phra Song) maka wujudlah penganut bagi memahami Buddhism. Yang penting perlu praktis untuk mengurangkan kesengsaraan hidup.

Bagi kaum Cina, India dan Sinhalese di Malaysia pula, mereka tetap amalkan konsep Dhamma. Bahasa Inggeris menjadi pengantar utama bagi mereka memahami ajaran Buddha, ia tidak menimbul masalah dengan adanya rujukan seperti Tipitaka, penulisan pemikiran dalam pelbagai bahasa, sudah tentu ramai yang dapat memahami. Begitu penekanan saya dalam ceramah atau penulisan, konsep kepercayaan dan praktis perlu dilakukan dengan sempurna tetapi bukan membabi buta dalam sesuatu kefahaman yan boleh membawa kepada konflik dan keraguan di kalangan penganut.

“ The word “Dhamma” can have so many meanings, such as justice, righteousness, natural phenomena, a noble life, salvation or liberation and other characteristics. Therefore this is a word which we can explain in various ways. The Buddha introduced the “Dhamma” for us to practise but not to believe blindly. The followers of certain religions, other than Buddhism, when asked for the reasons why certain religious practices and beliefs have been carried out by their religious denominations, answer candidly that their practices and beliefs were described in their holy books. They say they had been taught by their religious teachings and their parents to believe without question whatever is found in their holy books and in accordance with traditions.”

K Sri Dhammananda
IS BUDDHISM PRACTICAL TODAY ?


Manakala kefahaman Mahayana dan Vacarayarn (kebanyakan dipraktis oleh Negara China, Tibet dan Negara-negara Timur) juga dikatakan berlainan konsep, bagi saya ia satu konsep sahaja...iaitu praktis dan wujudnya kesan yang sempurna maka percaya apa yang kita praktis...Dhamma mengemukakan pelbagai cara untuk mencari kesempurnaan dalam hidup, yang penting adalah kefahaman, praktis dan percaya kepada kesan yang diri sendiri lakukan.

Pimon : Hujahan Bhante memang jelas sekali, bagi mereka yang ingin mengetahui konsep sebenar untuk mempraktis Dhamma...Bagaimana pula kita ingin praktisnya seiring dengan sambutan perayaan bagi memperingatkan Buddha ? Seperti Hari Wesak, Magha Bucha dan Asalaha Bucha serta hari kepentingan yang lain dalam sejarah Buddha.

Dr.K Sri : Memperingati kepada Buddha dalam memberi Dhamma adalah penting, bagaikan mengenang jasa baginda. Pengorbanan baginda amat yang besar kepada kita, dalam usaha mencari pencerahan menggelak diri daripada kesengsaraan melalu kebijaksaan. Hari Wesak memang antara hari kepentingan semua penganut Buddha bagi mengenangi baginda dan konsep utama Dhamma. Namun kesederhaan melalui kebijaksaan adalah penting untuk menyambut atau mengadakan hari tersebut. Kelahiran, Pencerahan, Nippana baginda menjadi simbolik kepada umat supaya lebih peka dalam memerangi kesengsaraan dan elak melakukan kejahatan, itu lebih penting daripada sambutan besar-besaran tanpa tujuan yang sebenar.

Di Malaysia dan Singapura serta Thailand, perarakan telah menjadi tradisi dalam mengenangi Buddha. Namun, aktiviti keagamaan seperti pemberian dana, upacara membaca sutra dan perarakan di waktu malam tentu menjadi aktiviti utama. Di Buddhist Vehara, juga mengekalkan tradisi ini sejak saya berhijrah ke Tanah Melayu sejak 1952 (mendiang adalah rakyat Sri Lanka). Sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat sehingga peringkat antarabangsa seperti UNESCO turut mengiktirafkan Hari Wesak dan pengwujudan umat Buddha.


Melalui tema Hari Wesak 2006, Dhamma membawa Menghormati Hak Kemanusiaan, Memupuk Kefahaman (Respect Human Rigths, Promote Mutual Understanding) diharap mampu melahirkan penganut Buddha yang kaya dengan kebijaksaan dan ketenteraman dalam jiwa masing-masing. Elak daripada perkara buruk dan amalkan kebaikan dan metta kepada semua. Perpaduan dan kefahaman di kalangan manusia adalah penting untuk mewujudkan keharmonian dan tenteraman bersama.

Pimon : Ya kesederhanaan adalah tunggak utama bagi pengamal Dhamma. Berbalik kepada kepercayaan dan keagamaan, kebelakangan ini, kekacauan dan konflik keagamaan dan percayaan turut menjadi isu yang penting seluruh negara termasuk isu keganasan yang berasaskan keagamaan...apakah pendapat Bhante tentang isu ini...

Dr.K Sri : Memang menjadi isu hangat, jika kita bicarakan tentang kefahaman keagamaan dan konsep perjuangan agama…Namun Buddha sendiri memberi amanat kepada umatnya sejak zaman Buddha lagi…peperangan, keganasan dan konflik yang membawa kemusnahan adalah dilarang sama sekali…walaupun selepas baginda mangkat, kekacauan tetap wujud ini adalah putaran kehidupan dan karma manusia…peperangan, keganasan bukan jalan penyelesaian untuk mencapai ketenangan, malah membawa kemusnahan kepada semua kehidupan...ini sudah bercanggah dengan panca sila (sil 5 ) iaitu pembunuhan dilarang sama sekali...kenapa perlu lakukan ? Sedangkan kehidupan ini hanya perlulan ketenangan atau nippana...

Semua agama membawa konsep kedamaian, ketenangan dan kebaikan...mereka yang melakukan peperangan berlandaskan kekecohan agama...hanyalah satu muslihat untuk merampas kuasa...

Yang penting adalah penganut Buddha elak melakukan perbuatan jahat yang memusnahkan kehidupan lain...kefahaman Buddha membawa konsep aman sejagat...Metta kepada semua kehidupan...the Buddha, religion should be regarded as a noble way of life: “To avoid evil, To do good, and to purify the mind, This is the teachings of all the Buddhas”

Begitu juga dalam penulisan saya, “CAN RELIGION BRING PEACE” menekankan pengajaran agama berkonsep pendidikan…agama Buddha mementingkan kebijaksaan dan kepekaan dalam pendidikan…iaitu wujudnya keharmonian dalam pemikiran sehingga tahap perbuatan baik dan jahat dilarang sesekali. Yang penting adalah alam semulajadi dalam Dhamma menjadi asas kewujudan dan pengakhiran, kita tidak perlu membunuh…kerana semua kehidupan akan lenyap dan kembali ke alam semulajadi.

Walaupun ada sesetengah pihak mendakwa Raja Asoka adalah penganut Buddha yang mengguna “mata pedang” atau peperangan untuk menyebar kefahaman Dhamma…itu adalah tidak benar…Raja Asoka mencapai pencerahan dan kesedaran adalah selepas terserempak dengan seorang Bhikkhu dan amalan yang baik oleh keluarganya…akhirnya baginda sedar dan menganut agama Buddha dengan sempurna..

May the Dhamma last as long as my sons and grandsons and the sun and the moon will be, and may the people follow the path of the Dhamma, for if one follows the Path, happiness in this and in will be attained.

Emperor Asoka
325 B.C

Pimon: Sadhu ! Sadhu ! Sadhu ! Terima kasih…Bhante, kerana memberi peluang saya dengar Dhamma Talk kepada daripada Bhante, walapun melalui temubual…sebelum ini saya hanya baca penulisan Bhante sahaja….pemikiran Bhante dalam Buddha mudah difahami mahupun kepada mereka yang ingin mendalami Dhamma.

Dr.K Sri : Ya...sama-sama dan semoga saudari terus mengamalkan ajaran Dhamma...penulisan dan buku yang saya tulis kebanyakan berasaskan kepada kefahaman secara logik dan mudah difahami. Banyak juga saya tumpukan kepada remaja, dewasa dan orang tua. Begitu juga pelajar di institusi, supaya mereka lebih memahami konsep asas Dhamma untuk kehidupan di dunia ini. Misalnya buku yang saya beri kepada saudari ini (The Dhammapada dan You & Your Problems) antara buku cetakan ulangan untuk memudahkan dalam kefahaman Buddha. Semoga mengguna kebijaksaan (phanya) bagi meneruskan kehidupan dan tugas harian anda…Sadhu !

Melalui wawancara ini, saya amat kagum dengan kesopanan dan hujahan yang beliau ungkapkan, amat mudah difahami, walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Inggeris, bukannya Bahasa Malaysia atau Bahasa Thai…malah saya amat bernasib baik…berwawancara dengan insan yang amat kaya dengan ilmu dan praktikal Dhamma dengan ringkas dan dihormati. Walaupun peristiwa ini telah lalu hampir 3 tahun dan 2 tahun pemergian mendiang…namun ilmu, penulisan dan pemikiran Dhammanya tetap disanjungi dan terpahat dihati oleh anak murid dan pengikutnya…mahupun budhaborisat di Malaysia, Singapura, Sri Lanka mahupun penganut Buddha yang mengenalinya…Semoga Mendiang su-su-kha-thi…yang tinggal adalah nama..kebaikan dan pemikiran mendiang dalam Dhamma…Sadhu !


Wawancara ini, hanyalah sedikit sebanyak mengenai kefahaman mendiang dalam Dhamma…masih banyak lagi riwayat hidup dan pengalaman mendiang dalam penyebaran Dhamma di peringkat antarabangsa…Bagi phi2 nong2 yang minat dalam penulisan, artikel, dhamma talk atau peninggal mendiang…bolehlah melayari laman web ini http://www.ksridhammananda.com atau mengunjungi ke Sasana Abhiwurdhi Society di Brickfileds, Kuala Lumpur atau dikenali Wat Bricfields. Pelbagai aktiviti keagamaan dan agak berlainan daripada amalan Konthai kita, namun hua-jai Dhamma tetap dikekalkan oleh penganut Buddha.

Pimon Patiang

Hard is it to be born as a man,
Hard is the life of immortals,
Hard is it to hear the Truth Sublime,
Hard as well is the Buddha's rise

 

 


http://www.ksridhammananda.com
Ven.Dr.K Sri Dhammananda Nayaka Maha Thera
(18 march 1919 - 31 ogos 2006)

Always a missionary at heart, Venerable Dhammananda regards the annual Wesak Day
celebrations as a good time to explain the Buddha's teaching to hundreds of Chinese Buddhists who would otherwise not have visited the Brickfields Temple on other days. There are thousands of these so-called "Wesak Buddhists" who would only visit a Buddhist temple once a year during Wesak Day. Many of these "Wesak Buddhists" do not have a proper understanding of the Buddha's teachings. Hence, Venerable Dhammananda took the opportunity to organise exhibitions on Buddhism, give talks and
distribute free booklets on Buddhism for the visitors during Wesak Day. In this way even though they visit the temple only once a year, their trip would have been meaningful because they would have learnt about the Dharma.

Venerable Dhammananda's reputation as a Buddhist missioner and scholar is well known both within Malaysia and overseas. In his younger days he used to travel overseas to give talks on Buddhism at major Buddhist conferences and meetings. While he occasionally attended as a participant representing Malaysia, he was usually invited as a conference speaker, especially at meetings organized by the World Fellowship of Buddhists, World Conference on Religion and Peace, World Sangha Council and the Asian Council on Religion and Peace. At the same time he has participated in numerous academic conferences on religion and philosophy as the spokesperson for Buddhism.

Many Buddhist groups in the West have invited Venerable Dhammananda to deliver Buddhist talks. In 1970 and 1975, he visited England and the United States at the invitation of Buddhist groups and academic societies in both countries. In Britain, he addressed students at Lancaster University, Hull University, Manchester University and Oxford University. In the United States he spoke to students at two Buddhist Universities, i.e. Dharma Realm Buddhist University in Talmage, California and University of Oriental Studies in Los Angeles. He also visited many other countries to give religious talks including Australia, New Zealand, Indonesia, Singapore and Sri Lanka.

As a result of his extensive travels and contacts, he has successfully established a wide and effective network with Buddhist groups in both traditional Buddhist countries such as Sri Lanka, Thailand, Myanmar, Taiwan and Japan and in non-Buddhist countries including Australia, Britain and the United States.

Share