Friday Jul 25

Adat Kahwin Siam

Adat Kahwin Siam

Reader:
Kebanyakan masyarakat Siam yang tinggal di Malaysia mengamalkan ada perkahwinan yang sama seperti masyarakat lain di negara ini.
Saksikan keunikan Adat Perkahwinan Siam.

Q reader:
Masyarakat Siam merupakan salah satu etnik minoriti di Malaysia. Kebanyakan masyarakat ini tinggal di utara Malaysia seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Cara hidup dan budaya mereka tidak banyak berbeza dengan saudara mereka di Thailand. Hampir keseluruhannya beragama Buddha.
Mempunyai adat perkahwinan yang sama seperti masyarakat lain di negara ini seperti adat meminang, bertunang dan bernikah.
Adat perkahwinan masyarakat siam dimulakan dengan upacara merisik.
Si jejaki biasanya akan memaklumkan hajat hatinya kepad ibu saudaranya terlebih dahulu untuk melamar gadis idaman.
Kemudian ibu saudara dan ahli keluarga yang lain akan berkunjung ke rumah si gadis untuk meminang. Ibu saudara pengantin lelaki memainkan peranan yang penting dalam adat perkahwinan masyarakat ini.

{mospagebreak} 

Sound: ** Siri Neng Buah - Pengarah Bahagian Warisan Seni Budaya, Jab.Warisan Negara.
Tibba hari merisik, pihak rombongan pengantin lelaki akan membawa hantaran seperti gubahan daun sirih dan juga sebentuk cincin.
Kadangkala pihak pengantin lelaki turut membawa beberapa barang hantaran lain seperti kain, rantai dan sebagainya mengikut kemampuan pengantin lelaki. Pihak perempuan pula biasanya tidak perlu membalas hantaran yang banyak, cukup sekadar sebentuk cincin.
Pada zaman dahulu tarikh majlis pernikahan biasanya akan ditetapkan selepas musim menuai. Kebiasaannya ia ditetapkan oleh mereka yang mahir dengan pergerakan hari dan waktu iaitu Tok Bomoh atau Tok Moh.
Semua majlis pertunangan berlangsung, bakal pengantin lelaki akan menyarungkan cicin ke jari manis si gadis. Kemudian jumlah wang hantaran serta tempoh bertunang akan ditetapkan.

Sound :
Pada hari pernikahan pengantik lelaki akan diiringi dengan alunan muzik dan tarian tradisi yang dipanggil "Klongjao" semasa menuju ke rumah pengantin perempuan. Pegantin perempuan pula akan tunggu di rumah.
Dalam adat masyarakat Siam, Tok Moh merupakan individu paling penting dan cukup dihormati. Beliau ditugaskan sebagai tukang nikah.

Sound :
Mereka menyembah patung Buddha dan roh nenek moyang kerana percaya, kehidupan seharian mereka diperhatikan roh berkenaan.
Sebagai tanda sah pernikahan, dahi pasangan pengantin akan dicalit sebanyak 3 titik dengan tepung tawar yang membentukan segitiga.
Tok Moh merinjis air tawar mengandungi bunga-bungaan dan menepung tawar ke atas tangan pasangan pengantin dengan menggunakan sejenis daun dari keluarga lengkuas.
Sejurus itu penganting akan menyembah kedua-dua orang tua mereka sebelum disandingkan.
Penganting masing-masing dikalungkan sekalung bunga melur dan sutas tali pengikat atau dipanggil 'benang hidup'. Ia akan dililitkan di atas kepala mereka dan kemudian doa akan dibaca oleh Tok Moh. Benang hidup sering digunakan dalam upacara ritual masyarakat ini.
Akhir sekali upacara merinjis air mawar ke tangan pasangan pengantin dimulakan oleh Tok Moh.